Sabtu, 20 November 2010

Sabtu, 4 September 2010

SAMBA YANG PRIHATIN

Pada satu petang yang nyaman bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa, terjagalah Samba, si badak sumbu dari tidurnya.

Samba: Huaargghha... eh, apa tu?... Apa dia buat kat situ?... Jangan-jangan dia nak terjun tak?
Tak boleh jadi ni. Aku mesti halang dia. Isk...isk...isk...

Gap!

Samba: Eh, Kura, kenapa kau ni? Kalau ya pun ada masalah... Ini bukan jalan penyelesaiannya...
Kau tak boleh putus asa!... Kau ada masa depan yang cerah. Yang penting kau kuatkan
hati. Kegagalan hari ini bukan bermakna kau akan gagal selama-selamanya.

Katak: Apa kau merepek ni Samba? Bila masa dia putus asa? Ini eksperimen macam mana nak
terbang ke angkasa la...

Samba: Ye ke? Aku ingat... Err. Sorry silap aku. Hehehe...

MORAL:
Adik-adik, kalau tidak tahu hujung pangkal cerita, jangan main serkap jarang je. Bertanya terlebih dahulu, barulah kita tidak bersalah sangka.

Rabu, 2 Disember 2009

BESTNYA CUTI...

Cuti sekolah, DC ikut rombongan darjah 6 ke Terengganu dan Kelantan. Tempat-tempat yang kami pergi ialah ke Perpustakaan UMT, Noor Arfa Batik, Pasar Payang, Pantai Batu Buruk, Muzium, Taman Tamadun Islam(TTI), Masjid Kristal, Masjid Terapung dan Masjid Rusila. Di TTI, DC dapat lihat monuments yang banyak. Di Masjid Kristal pula, kami cuma diberi 20 minit untuk ambil gambar, tengok di dalamnya dan lain-lain yang ingin di lakukan. Kami sembahyang zuhur dan asar jama' di Masjid Terapung dan kami sembahyang maghrib dan isyak jama' di Masjid Rusila. Lepas tu, kami terus balik ke UMT untuk makan malam. Lepas makan malam, rombongan darjah 6 balik ke asrama UMT sebab malam tu mereka tidur di sana. DC sekeluarga pula balik ke rumah yang tidak jauh dari UMT. DC rasa sangat seronok. Bestlah cuti dapat jalan-jalan...

Ini gambar DC dengan kawan-kawan sehari sebelum cuti sekolah.

Jumaat, 12 Disember 2008

Belajar

Pada hari ini DC belajar banyak benda dengan ibu. DC belajar macam mana nak ambik jam, kalendar dan lain untuk blog DC yang ke-2 ni. Mula-mula DC belajar cara-cara nak cari jam, lepas tu cara nak cari kalendar dan lain-lain lagi untuk menghiburkan blog DC ini. Sebenarnya ibu DC cuma beritahu sikit-sikit je lepas tu DC buat la sendiri. Ok sampai di sini saja DC dah tak tahu nak cakap apa lagi.